Jangan menggelar orang yang rupanya tidak seberapa cantik itu 'babi', 'wogok', 'kunta kinte', atau orang yang bersaiz besar itu 'gajah', 'wogok', 'gemuk', 'bakas', etc. Remember that God is there, manatau balasan daripada mengejek, mengulu, dan menyindir rupa paras dan bentuk badan adalah to turn you into yang lebih teruk daripada diorang. Yalah, kecantikan dan ke'slim'an itu rezeki dari Tuhan. Kalau sembarangan saja salah guna, satu hari nanti diri sendiri jadi macam tu gelaran yang kamu bagi sama orang lain.
Contohnya (perlu contoh juga kah?), kawan kamu tu ada masalah jerawat dan kamu pula mengejek kawan kamu (yalah, muka sendiri kan halus mulus) dan tulis di FB atau cakap sama orang lain begini, "Sudahlah muka berjerawat, perasan cantik konon! Cermin lah bah dulu tu muka sendiri!" Trust me, one day God will give her kulit yang cantik dan halus mulus, dan you pula dihiasi dengan jerawat yang susah mau sembuh unless you go minta maaf sama orang yang kamu cakap begitu (mesti dari hati yang ikhlas, kalau tidak, itu jerawat tidak akan sembuh).
Contoh kedua (perlu juga kah? Hahaha!), kamu tahu kawan kamu tu berbadan besar dan kamu pula berbadan slim atau average sahaja. Janganlah kamurang pigi gelar macam-macam sama orang tu. Macam biasa, Tuhan itu kan adil. Dia cipta ko, dan dia cipta tu kawan juga. Mungkin kawan kamu tidak akan slim, tapi God will make you susah untuk slim pa macam sekali ko berabis sampai terkapus-kapus, atau separuh mati, dan sini sana try workout (Insanity la, HIIT lah, Gym la, Zumba la, Tae Bo la, etc.)... Dan paling teruk, bila ko berabis beli slimming pills or fat burners (sebab ko ternampak kawan-kawan yang lain consume itu barang), ko pula inda pandai slim tapi makin 'Larger Than Life'. Bila semua tidak berkesan sudah, maksudnya kamu kena minta maaf sama orang yang kamu gelar dengan gelaran yang tidak bagus. Mesti dari hati yang ikhlas.
p.s. Tiada kena mengena dengan mana-mana status yang muncul dalam Timeline sia. Sia buka FB saja turus baca notifications sia saja. Cuma, sia teringat kes dulu-dulu yang heart to heart sama kawan-kawan. Tulunglah bah kawan-kawan kalau diorang ada masalah, dan bukan mengulu'.