Wednesday, 21 May 2014

Kaki 'Jual Nama' Orang


Sometimes bikin hairan ada orang yang suka jual nama orang untuk kepentingan diri sendiri. Selalunya di kalangan kawan sendiri dan paling teruk bila orang itu adalah kawan yang kamu selalu bawa untuk pigi makan. Sia bagi situasi, dan kamu nilai sendiri sekiranya kamu berasa dalam situasi tersebut, apa kamu akan lakukan.


Situasi 1
Si kawan kestau ko yang Supervisor/Manager/Boss kasi tawar dia jawatan yang baru sahaja kosong sebab itu previous staff sudah quit bekerja sama tu company. Tidak lama selepas itu, kamu terserempak sama Supervisor/Manager/Boss kamu dan dia kestau yang kawan kamu ada tanya sama ada tu jawatan masih kosong atau sudah diisi sebab dia berminat untuk apply job tersebut. Apa perasaan anda ketika itu selepas mendapat tahu situasi sebenar?

Kalau sia: Kanapa mo buat cerita? Cakap yang benar saja ataupun diam-diam saja.

Situasi 2
Si kawan ada rasa tidak puas hati sama hasil kerja kawan satu opis. Jadi, masa lunch time, dia pun kestau semua sama ko and kononnga dia terima komplen dari satu client pasal tu client tidak puas hati sama service yang kawan satu opis bagi. Kamu bertindak untuk tidak masuk campur sebab kamu tidak tahu situasi sebenar. Tapi, tidak lama kemudian kamu dapat tahu kawan satu opis tegur cara si kawan sebab main cakap belakang. Si kawan pula cakap semua itu dari kamu yang komplen, dan dia cuma agree. Apa perasaan kamu, dan apa tindakan kamu?

Kalau sia: Sia berdepan turus sama tu kawan yang jual nama & sama tu kawan opis. Apa sia paduli sebab bukan sia yg start cerita, dia start cerita duluan dan jual nama sia. Lepas tu, jgn harap sia mo tinguk lagi tu kawan. Bahaya tahap planet Pluto!

Situasi 3
Si kawan kestau orang lain yang ko jual barang lebih mahal dari dia, dan dia buli offer ko dengan harga yg murah. Padahal dalam situasi sebenar, kamu offer harga jualan lebih murah daripada si kawan. Kamu dapat tahu daripada orang lain selepas diorang dapat tahu dari orang lain yang pernah jadi pelanggan kamu sebelum ini. Apa perasaan anda dan apa yang akan anda lakukan?

Kalau sia: Tidak salah mo compete kalau dalam business tapi agak agak lah bah bila mau compete, bukan jual tambirang saja. Lagilah sandi kalau kedapatan menembirang. Dush...

Kesimpulan
Sepandai-pandai tupai melompat, silap haribulan kasadu trus tercucuk sana pagar... Terkeluar segala-galanya nanti... Hehehehhe...