Thursday 14 April 2005

Polisi baru untuk pengguna di Sumandak.Com

Administrator dan Moderator di Sumandak.com akan berusaha untuk memadam dan mengubah sebarang material yang dianggap sebagai mengancam ketenteraman di laman web Sumandak.com secepat yang mungkin. Tetapi, agak mustahil untuk memeriksa semua material yang dipos oleh pengguna. Oleh itu, sebagai pengguna di Sumandak.com, anda harus sedia maklum bahawa segala material di dalam laman web ini adalah satu ekpresi pandangan dan cadangan penulis itu sendiri dan bukan administrator, moderator mahupun webmaster (kecuali material yang disumbangkan mereka), dan tidak bertanggungjawab di atas material penulis itu.

Anda bersetuju dengan polisi dan prosedur di laman web sumandak.com:

1) Tidak menggunakan kata-kata kesat, lucah, berunsur kebencian, mengugut, dan apa saja yang boleh melanggar undang-undang terpakai. Sekiranya anda didapati berkelakuan sedemikian, pihak Sumandak.com tidak akan ragu-ragu untuk menghalang anda daripada menjadi pengguna di laman ini.
2) Anda tidak dibenarkan untuk memiliki lebih daripada 1 akaun di Sumandak.Com.
3) Anda bersetuju bahawa webmaster, administrator, dan moderator memiliki hak untuk memadam, mengubah, menyusun, atau menutup mana-mana topik pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai.
4) Anda tidak menghasut, menyebarkan fahaman sesat dan anti-kerajaan melalui sumandak.com.
5) Anda bersetuju untuk menggunakan bahasa yang terdapat di SABAH dan ENGLISH sahaja. 
6) Anda bersetuju untuk tidak menghantar gambar-gambar separuh bogel, atau lucah ke dalam sumandak.com.
7) Pihak kami tidak akan memberi maklumat anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran daripada anda, namun, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tindakan penggodam sehingga menyebabkan data dikompromi.
8) Anda bersetuju untuk menghormati pengguna-pengguna yang sedia ada di sumandak.com.
9) Anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan sedia ada di sumandak.com dengan baik dan tidak mempunyai niat untuk merosakkannya.
10) Alamat email yang diminta adalah untuk pengaktifan akaun anda di sumandak.com, serta sebagai satu medium untuk menghantar kata laluan baru sekiranya anda kehilangan atau terlupa kata laluan sekarang.
11) Anda bersetuju bahawa pihak sumandak.com berhak memadam akaun yang sudah 3 bulan tidak aktif.
12) Anda bersetuju bahawa pihak sumandak.com berhak mengubah dan menambah polisi dan prosedur dari semasa ke semasa untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Anda teirkat dengan segala peraturan ini sekiranya anda mengetik butang REGISTER di bawah, dalam kata lain, anda bersetuju untuk terikat dengan polisi yang telah ditetapkan di sumandak.com.

Sumandak Bilang: Hehehehehehehehehe... Ketat sudah...

No comments:

Post a Comment