1) IBU JARI
Ibu jari adalah jari yg terdekat dengan kita. Maka fokuskan doa kita kepada orang2 yang terdekat di hati dan sisi kita. Ibubapa, saudara-mara, teman baik, bf/gf etc...doakan mereka. Mereka adalah golongan manusia yang pasti mudah diingati oleh anda.
2) JARI TELUNJUK
Jari telunjuk membawa perlambangan doa bagi org2 yg telah mengajar kita, menyembuhkan kita, mendidik dan memulihkan kita. Mereka ini termasuklah golongan gembala, doktor yg merawat kita, pensyarah/guru-guru etc...sesiapa pun yg pernah hadir sebagai org yg telah membimbing kita. Sentiasa ingati bahawa hikmat dan kebijaksanaan yg mereka telah berikan kepada kita adalah berkat daripada TUHAN, mereka adalah saluran berkat yg TUHAN telah gunakan untuk menyembuhkan/ membimbing kita.
3) JARI TENGAH
JAri tengah dalam senarai jari-jari saya dan saudara adalah merupakan jari tertinggi bukan? Nah kali ini berdoalah bagi para pemimpin. Golongan Pemimpin ini termasuklah kepimpinan tertinggi negara, pemimpin gereja dan sesiapa pun yg saudara/i lihat sebagai pemimpin dalam hidupmu. Golongan kita bertanggungjawab membentuk polisi dan hal-hal pentadbiran yang mempengaruhi kehidupan kita. Mereka memerlukan pimpinan ALLAH kita untuk hikmat dan kekuatan.
4) JARI MANIS
Menurut para guru piano, jari manismu adalah jari yg terlemah dalam senarai jari kita. JAri ini mengingatkan saya dan saudara untuk berdoa bagi mereka yg lemah, dalam pergumulan berat, sakit atau dlm kesusahan. Pikullah beban mereka dalam doa kita. Nescaya kita telah memainkan peranan dalam menjadi saluran kasihNya.
5) JARI KELINGKING
Aha! Jari kelingking adalah jari terkecil dalam senarai jari kita. JAri ini melambangkan diri kita sendiri secara peribadi dalam rangkaian perhubungan kita dengan TUHAN dan sesama manusia. Alkitab mengajar kita bahawa "..yang terkecil di antara kamu akan menjadi yang terbesar..." Makanya jari ini mengingatkan saya dan saudara untuk berdoa bagi diri kita sendiri secara peribadi tentang keperluanmu, pergumulanmu dan masalah serta visi hidupmu di hadapan takhtaNya yang kudus!
Itu sahajalah petuanya saudara/iku terkekasih...Cubalah untuk melakukannya...TUHAN memberkatimu!!!
No comments:
Post a Comment