Finalis AF2 janda?
Sumber: Harian Metro
TIAP-TIAP hari, ada saja cerita berkenaan Akademi Fantasia 2 (AF2) yang SS dengar. Apatah lagi, selepas seorang pelajar yang tersingkir dimasukkan semula ke AF2 kerana mendapat undian tertinggi daripada penonton.
Belum lagi reda isu ini, tiba-tiba SS dikejutkan dengan satu panggilan dari seorang wanita menggelarkan dirinya ‘kakak’.
Dia bukannya hendak bercerita mengenai rasa tidak puas hatinya terhadap program realiti TV itu, tetapi meminta akhbar ini membongkar rahsia salah seorang finalis yang dikatakan pernah berkahwin tetapi putus di tengah jalan.
Yang pasti, bukan Mas kerana ramai dah tahu dia janda beranak dua. Habis tu siapa ek?, yang pasti memang SS tak bolehlah beritahu maklumlah tersasul ‘statement’ karang, SS yang kena balik.
Tidak pastilah pula, berita ini disebarkan kerana apa?. Mungkin kerana sabotaj kot, atau bekas pasangan pelajar itu pun hendak tumpang glamor. Eh! tak tahulah SS, dengar-dengar cerita bekas pasangan peserta itu hendak buat pengumuman bahawa dia pernah berkahwin dengan finalis itu tadi.
Tambah kakak itu lagi, pelajar ini juga pernah berbual mengenai anaknya menerusi telefon tapi mengakui itu adalah anak saudaranya. Eh! pengakuan ni macam SS pernah dengar dari mulut seorang artis tempatan yang mengaku anaknya adalah anak saudaranya.
Pelajar AF2 yang dimaksudkan itu nak ikut cara artis tu juga ke?, tak mengaku ada anak?.
Sumandak: Bulih picayakah ni sorita ni???
No comments:
Post a Comment