Saturday 27 December 2008

KE Next Top Entertainer

Sia kasi tinguk lu tu hadiah-hadiah untuk para pemenang pertandingan:
● Johan: RM1,500.00 + Piala + Sijil
● Naib Johan: RM1,000.00 + Piala + Sijil
● Ketiga: RM500.00 + Piala + Sijil
● Saguhati: 5 x RM100 + Sijil
● Penyanyi Popular: RM300.00


Korang inda rasa macam terlampau banyak kaitu? Let’s say lah kan.. Ko bayar around RM50 then campur-campur lah tu belanja untuk grooming… Maybe ko habis around RM300 (paling mahal punya anggaran saja). Take it from the positive side lah kan… Kalau manang… RM1500 – RM300 = RM1200… Kalau inda, rugi RM300… Gambling lah kan… Tapi if you’ve the talent, kenapa tidak saja try kan?
Now… Sia kasi masuk pula apa sebenarnya KE (Kadus Entertainment) Next Top Entertainer… Sia lupa sudah sepa yang comes up with this idea… Inda guna punya Admin sia ni, semua pun sia indatau… Datang miting pun inda ada… Bikin malu saja… Since the Founder mau sia buat kerja, so… Mau inda mau… Sia terpaksa sajalah buat walaupun dengan muka inda malu ni sebab inda datang pigi miting…

Ini sia copy turus dari tu website… Actually, ada kena kasi keluar dalam tu New Sabah Times juga… Siap muka passport si Mark@Kadus bah… Hahahahhhahha~ Credit sama si dbos-fm

“Inilah peluang anda untuk menunjukkan bakat terpendam. Kami mencari seorang penyanyi yang mempunyai pakej sebagai entertainer dan marketable sebagai artis rakaman…” demikianlah ungkapan Mark mengulas mengenai pertandingan nyanyian yang bakal dilangsungkan oleh Kadus Entertainment pada tahun hadapan.

Pertandingan ini dijadualkan bermula pada bulan Februari 2009 sehingga April 2009 yang akan dijalankan di Pusakag Café, Donggongon, Penampang. Menurut Mark, objektif pertandingan ini adalah untuk mengembangkan minat dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni suara yang berpotensi untuk diketengahkan ke pertandingan yang lebih berprestij serta mencari penyanyi berbakat yang mempunyai pakej sebagai entertainer dan marketable sebagai artis rakaman.

Pertandingan yang dikenali sebagai “KE NEXT TOP ENTERTAINER” ini bakal menghidangkan hadiah yang dikira agak lumayan. “Pihak penganjur berjaya mendapatkan tajaan tiket kapal terbang pergi balik ke Australia untuk tiga pemenang utama sebagai hadiah sampingan sumbangan Air Borneo, sebuah syarikat penerbangan yang masih baru lagi yang bakal melancarkan penerbangan mereka pada awal tahun hadapan. Selain daripada hadiah berupa wang tunai serta piala, pemenang juga bakal mendapat voucher pembelian daripada Body Shop. Saya rasa hadiah-hadiah ini sudah cukup lumayan…” ujar Mark selaku pengerusi penganjur pertandingan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, beberapa garis panduan serta syarat kelayakan perlu dipatuhi terlebih dahulu. “Kami ingin mencari seorang penyanyi yang dikira fresh dan mempunyai pakej lengkap yang diharap mampu kami ketengahkan ke dalam industri muzik tempatan mahupun kebangsaan..” jelas Mark yang mengharapkan pemenang itu nanti mampu mewarnai industri muzik tempatan.

Borang Penyertaan KE Next Top Entertainer
Menurut Mark, jika anda berumur antara 17 dan 35 tahun pada 1 Januari 2009, andalah orang yang mereka cari. Walau bagaimanapun, mereka yang pernah memenangi pertandingan di peringkat Negeri atau lebih tinggi tidak layak menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga terbuka kepada mereka yang belum pernah merakamkan album serta belum pernah mendapat airtime di mana-mana stesen radio. Dan yang paling penting, ujar Mark lagi, mereka mestilah tidak terikat dengan apa-apa perjanjian dengan mana-mana syarikat rakaman, sama ada secara lisan atau bertulis. Itu antara syarat-syarat sekiranya anda ingin mengikuti pertandingan ini.

Seperti kebanyakan pertandingan nyanyian yang lain, menurut Mark, pertandingan ini adalah secara solo sahaja. Para peserta dikehendaki menyanyi dua (2) buah lagu iaitu lagu pertama mestilah dalam bahasa Kadazandusun, manakala lagu kedua pula mestilah dalam bahasa Melayu atau Inggeris sahaja. Acara saringan akan dijalankan sebanyak 2 kali sebulan, iaitu dalam bulan Februari dan Mac 2009. Penganjur akan menampilkan lapan (8) orang finalis di Grand Final pada bulan April 2009 nanti.

“Pihak penganjur telah menetapkan 30hb Januari 2009 sebagai tarikh akhir penerimaan borang penyertaan. Namun para peserta yang berminat untuk mengikuti pertandingan ini dinasihatkan untuk menghantar borang penyertaan mereka seawal yang boleh kerana penyertaan adalah dihadkan kepada 50 orang sahaja. Jika pihak penganjur menerima lebih borang penyertaan sebelum 30hb Januari 2009, maka kami akan mengambil peserta berdasarkan First Come First Serve basis. Maka nasihat saya kepada semua, hantarlah borang penyertaan anda secepat yang mungkin….” jelas Mark yang menjangkakan sambutan yang amat menggalakkan dalam pertandingan ini nanti.

“Pertandingan ini mungkin menjadi titik permulaan bagi mereka yang ingin mencipta nama sebagai penyanyi. Siapalah tahu suatu hari nanti, mereka akan lebih dikenali ramai. Jadi nasihat saya kepada yang berminat, rebutlah peluang ini untuk mengetengahkan bakat anda kepada masyarakat di luar sana. Hanya dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sahaja, ia mungkin mampu mengubah nasib anda…” jelas Mark, seorang yang bertanggungjawab dalam mewujudkan laman portal Kadus Entertainment lebih daripada 3 tahun yang lalu.

Sebagai rekod, objektif laman web Kadus Entertainment ataupun lebih dikenali sebagai KE ini adalah untuk menjadi platform kepada para peminat, penyokong industri muzik Kadazandusun, penggiat muzik Kadazandusun termasuk artis dan pemuzik, bertukar-tukar pendapat mengenai industri hiburan di Sabah ini melalui internet. KE berharap agar segala pandangan dan kritikan bernas yang diutarakan oleh ahli-ahlinya melalui laman web Kadus Entertainment dapat memberi idea kepada para penggiat seni di Sabah, khususnya yang berkaitan dengan industri muzik Kadazandusun untuk meningkatkan lagi kualiti produk mereka.

Oleh itu, mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dengan “KE Next Top Entertainer”, bolehlah menghubungi terus Jasonjay (0168461914), Gogds (0195305512), Tomm (0198807851) ataupun Mark (0168021500) untuk mendapatkan borang penyertaan. Borang penyertaan juga boleh dimuat turun dari http://www.kadusmusic.com/portal ataupun terus daripada Pusakag Café.

No comments:

Post a Comment